Thursday, November 18, 2010

pengalaman bersalin

lain orang lain rasa sakit nak bersalin kan. ni aku nak cerita pengalaman aku bersalin. sebelum ni banyak aku dengar dr kawan2 yg dah ada anak, ade yg kata sakit sikit je, ada yg kata sakit saaangaaat. aku pon tak sabar2 gak nak rasa sakit bersalin tu macam mana eh. aku plan nk bersalin n berpantang kat j.b, so aku dah ambik cuti keje awal2 n balik j.b. disebabkan aku ni ade diabetes (makan manis tak hingat punye) aku terpaksa masuk hospital awal iaitu 28 ogos 2010 di hospital sultan ismail.

masa masuk petang 28 ogos tu doktor tak buat apa2 pon, so aku bersnang lenang la jalan2 n tgk t.v kat hospital. pagi2 dalam kul 6.30 pg 29 ogos tu, doktor dh seluk masukkan ubat, katanya bagi cepat bukaan n cepat bersalin. pukul 2.00 petang aku dh rasa sakit dah, tp tak lama dalam kul 5.00 petang je sakit tu hilang. tak pasal2 kene masukkan lagi ubat untuk kali kedua pd pg 30 ogos tu. Aku start sakit pukul 5.00 petang, doktor check bukaan baru 1 cm. mak aih, sakit bagai nk rak baru 1 cm je bukak sampai la pukul 9.00 malam mcm cacing kepanasan aku atas katil. Doktor seluk lagi, katanya baru 3cm bukaan. koman2 4cm baru dimasukkan dlm labour room. lebih kurang pukul 12.00 tgah malam tetibe aku rasa air ketuban pecah, abes basah kain aku. Aku cakap kat nurse air ketuban pecah. tapi yg peliknye lepas pecah air terus berhenti keluar. Doktor check kata bukan air ketuban. dia kata maybe air kencing. ape kebenda la air kencing. mcm aku tak tau bezakan kencing dngn air ketuban pulak. Sungguh tak puas hati betul aku. tapi aku diam je la, tunggu lg pukul 6.00 pagi baru boleh check balik. Sakitnye tuhan je lah yg tau..

Pagi2 lagi kitorg dh beratur nak kene seluk. aku orang yg first kene seluk, tetibe doktor (doktor lain plak) tanya, "eh, air ketuban puan dah pecah ye?" aku pon ape lagi, terus bagitau yg air ketuban dh pecah pukul 12 malam tp doktor shift malam tu kata bukan air ketuban. aku rasa doktor shift malam tu dh mamai ngantok sangat kot.

Tak pasal2 pukul 8.00 pagi tu, 31 ogos 2010 aku dh kene masuk labour room. aku cll husband suh siap2 datang. Doktor kat labour room plak nak suh aku cepat bersalin dia masukkan induce. Mak datuk sakitnye.. gile babeng. aku rasa mase tu macam nak berguling2 atas lantai. husband aku mampu tgk je aku menahan sakit. Sampai la pukul 3.30 ptg, aku cakap kat doktor tak tahan sangat, dia selok lagi bukaan dh 9cm. Dia suruh aku teran. Teran satu hal, sebab aku tak pandai teran, dekat setengah jam jugak la aku nak kuarkan baby, sampai bidan 2 orang dah tekan2 perut aku ni. Doktor cakap lapisan servik aku tebal salah satu sebab aku susah nak bersalin. Akhirnya dapat jugak aku bersalin dengan selamat pukul 3.52 petang. Aku tgk muke laki aku punye lah pucat.. sampai doktor panggil dia suruh tgk mase baby nak keluar, dia just geleng2kan kepala je. hehehe penakut.

Menjahit satu hal plak, dekat 2 jam aku kene jahit sebab doktor kata aku punya mcm tahu n lembut. adoiyai.. seksa nya.. itu sebab aku banyak tumpah darah.. kene la tahan lg wad 2 hari dan kene masukkan darah.

baru aku tau kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu.. sebabnye pengorbanan ibu tu sgt besar mase melahirkan anak2.. huhuhu hopefully adam naufal jadi anak yg baik pd mummy n papa ye... =)

1 comment: